Malaysia legislation
Section 7A
of KOD PERLINDUNGAN PENGGUNA PENERBANGAN MALAYSIA (PINDAAN) 2019
Seksyen 7A
“Bayaran balik
(a)
tambang asas, termasuk semua caj yang kena dibayar kepada syarikat penerbangan;
(b)
caj bagi perkhidmatan pilihan yang dibeli oleh pengguna secara pilih-masuk;
(c)
cukai dan caj yang dikenakan kerajaan; dan
(d)
fi dan caj yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(2)
Bagi maksud bayaran balik cukai dan caj yang disebut dalam subsubperenggan
(1)
(c)
dan fi dan caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(d), sesuatu syarikat penerbangan yang berkontrak boleh mengenakan fi pemprosesan sehingga lima peratus daripada cukai, caj atau fi itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Jika sesuatu syarikat penerbangan yang berkontrak telah mengenakan fi pemprosesan bagi maksud bayaran balik tambang asas atau caj yang disebut dalam subsubperenggan (1)(a) dan (b), syarikat penerbangan yang berkontrak itu tidak lagi boleh mengenakan apa-apa fi pemprosesan bagi bayaran balik cukai dan caj yang disebut dalam subsubperenggan 1(c) dan fi dan caj yang disebut dalam subsubperenggan 1(d).
P.U. (B) 250 8
(4)
Sesuatu syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremit apa-apa bayaran balik kepada pengguna dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tuntutan bagi bayaran balik.
(5)
Jika sesuatu tiket dibeli daripada seseorang ejen pelancongan atau melalui mana-mana portal pelancongan, syarikat penerbangan yang berkontrak hendaklah meremit apa-apa bayaran balik kepada ejen pelancongan atau portal pelancongan itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh tuntutan bagi bayaran balik oleh pengguna mengikut terma dan syarat antara syarikat penerbangan yang berkontrak dengan ejen pelancongan atau antara syarikat penerbangan yang berkontrak dengan portal pelancongan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(6)
Apa-apa cukai yang tidak dibayar balik kepada pengguna hendaklah diserah simpan dengan Pendaftar Wang Tak Dituntut mengikut peruntukan
Akta Wang Tak Dituntut 1965 [Akta 370].”.
Pindaan perenggan 8