Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA LEMBAGA PERKHIDMATAN KEWANGAN LUAR PESISIR LABUAN 1996

Seksyen 20

Jawatankuasa tatatertib

(2)

Bagi maksud seksyen ini—

(a)

hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa tatatertib

Lembaga berkenaan dengan Ketua Pengarah yang terdiri daripada—

(i)

Pengerusi

Lembaga, yang hendaklah menjadi pengerusi jawatankuasa itu; dan 26 Undang-Undang Malaysia AKTA 545

(ii)

sekurang-kurangnya dua anggota Lembaga, tidak termasuk Ketua Pengarah yang ditentukan daripada kalangan anggota itu sendiri; dan

(b)

Lembaga boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan jawatankuasa tatatertib yang berlainan bagi kategori berlainan pegawai atau pekhidmat Lembaga.

(3)

Yang berikut hendaklah terpakai bagi mana-mana jawatankuasa tatatertib yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b):

(a)

jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada apa-apa bilangan anggota Lembaga, selain daripada Pengerusi

Lembaga, atau Pegawai Lembaga, atau apa-apa kombinasi anggota dan pegawai itu; dan

(b)

seseorang pegawai yang menjadi anggota sesuatu jawatankuasa tatatertib tidak boleh lebih rendah pangkatnya daripada mana-mana pegawai atau pekhidmat yang ke atasnya jawatankuasa yang dia menjadi anggota mempunyai kuasa tatatertib.

(4)

Jawatankuasa yang ditubuhkan menurut perenggan (2)(b)

hendaklah menjalankan kuasanya dalam segala perkara yang berhubungan dengan tatatertib pegawai dan pekhidmat yang diletakkan di bawah bidang kuasanya.

(5)

Pada menjalankan fungsi dan kuasa tatatertibnya, sesuatu jawatankuasa tatatertib yang disebut dalam subseksyen (2) hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan apa-apa hukuman tatatertib atau apa-apa kombinasi dua hukuman tatatertib atau lebih sebagaimana yang diperuntukkan di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.

Rayuan terhadap keputusan jawatankuasa tatatertib