Skip to content
P.U. (B)In force

Notis Cadangan Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi Lot 21449 Mukim Setapak

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2017
Sections
1

Notis Cadangan Pembatalan Perizaban Tanah bagi Maksud Awam bagi Lot 21449 Mukim Setapak is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 300 2017, currently marked in force and first recorded in 2017.

Front matterCover and publication detailsOpen

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS CADANGAN PEMBATALAN PERIZABAN TANAH

BAGI MAKSUD AWAM

NOTICE OF PROPOSED REVOCATION OF RESERVATION

OF LAND FOR PUBLIC PURPOSE

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 300 2

KANUN TANAH NEGARA

NOTIS CADANGAN PEMBATALAN PERIZABAN TANAH BAGI MAKSUD AWAM

Opening note

Preamble

  1. BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 463/2014 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 14 Oktober 2014, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1) Kanun Tanah Negara [Akta 56/1965] sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Kanun Tanah Negara) 1974 [P.U. (A) 56/1974], yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya melalui Pemberitahuan yang disiarkan dalam P.U. (B) 108/2003, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu suatu tapak untuk sistem dan perkhidmatan pembetungan dan telah menetapkan bahawa Pesuruhjaya Tanah Persekutuan hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab itu: DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: DAN BAHAWASANYA, didapati suai manfaat sekarang oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan: MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya, memberikan notis di bawah subseksyen 64(2) Kanun Tanah Negara mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual dan bahawa mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu akan didengar oleh Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam suatu siasatan yang akan diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tingkat 2, 3 P.U. (B) 300 3 dan 4, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang pada 20 Jun 2017.

Jadual

JADUAL

Daerah

Wilayah

Persekutuan

Kuala

Lumpur

Mukim

Setapak

No. Pelan – PA 1108163 No. Lot – 21449 Luas – 19,647 meter persegi.

Bertarikh 5 Jun 2017

[PTG/WP(S).100-2/17/2; PTG/WP 11/19/2017; PN(PU2)213/LXXXIV]

TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

Pengerusi

Jawatankuasa Kerja Tanah

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

P.U. (B) 300 4

NATIONAL LAND CODE

NOTICE OF PROPOSED REVOCATION OF RESERVATION OF LAND FOR

PUBLIC PURPOSE

WHEREAS, by P.U. (B) 463/2014 published in the Gazette of the Government of the

Federation on 14 October 2014, in exercise of the powers conferred by subsection 62(1)

of the National Land Code [Act 56/1965] as modified by the Federal Territory

(Modification of National Land Code) Order 1974 [P.U. (A) 56/1974], conferred upon the

Government of the Federation and delegated to it by Notification published in

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.