(B)
329/2011
yang disiarkan dalam
Warta
Kerajaan
Persekutuan pada 21
Jun 2011, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 62(1)
Kanun
Tanah
Negara
[Akta 56/1965]
sebagaimana yang diubahsuaikan oleh
Perintah
Wilayah
Persekutuan
(Pengubahsuaian Kanun Tanah Negara) 1974 [P.U. (A) 56/1974], yang diberikan kepada
Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya melalui Pemberitahuan yang disiarkan dalam P.U. (B) 108/2003, Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur telah merizabkan tanah yang diperihalkan dalam Jadual bagi maksud awam, iaitu, suatu tapak untuk kawasan lapang dan telah menetapkan bahawa
Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar hendaklah mempunyai kawalan terhadap tanah rizab itu:
DAN BAHAWASANYA, melalui P.U. (B) 108/2003 yang disiarkan dalam Warta
Kerajaan Persekutuan pada 3 Mac 2003, Kerajaan Persekutuan telah mewakilkan penjalanan kuasanya di bawah seksyen 64 Kanun Tanah Negara kepada Jawatankuasa
Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur:
DAN
BAHAWASANNYA, adalah didapati suai manfaat sekarang oleh
Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu dibatalkan:
MAKA
OLEH
YANG
DEMIKIAN,
Jawatankuasa
Kerja
Tanah
Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 64(1) Kanun Tanah Negara yang diberikan kepada Kerajaan Persekutuan dan diwakilkan kepadanya, memberikan notis di bawah subseksyen 64(2) Kanun Tanah
Negara mengenai cadangan untuk membatalkan keseluruhan perizaban yang disebut terdahulu itu sebagaimana yang diperihalkan dalam Jadual dan bahawa mana-mana orang yang berhasrat untuk membantah terhadap pembatalan itu akan didengar oleh
Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam suatu siasatan yang akan
P.U. (B) 454 3
diadakan di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Tingkat 2, 3 dan 4, Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi pada 19 November 2015.