WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 70
NOTICE UNDER SECTION 70
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 465 2
AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987
NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 70
Menteri Kanan Kerja Raya bercadang membuat suatu perintah di bawah seksyen 70
Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang kesannya akan melarang pemanduan kenderaan di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagaimana yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua, melainkan di atas jalan arah yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, bagi tempoh yang dinyatakan dalam ruang (3) Jadual Pertama.
Bantahan terhadap cadangan itu, jika ada, mestilah dihantar secara bertulis kepada Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
Malaysia, Tingkat 2 Blok D (Lama), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur atau melalui e-mel ke segamat.jkr@1govuc.gov.my, pada atau sebelum 22 September 2020.