Skip to content
P.U. (B)In force

Notis DI Bawah Seksyen 70

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
5

Notis DI Bawah Seksyen 70 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 331 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Front matterCover and publication detailsOpen

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 70

NOTICE UNDER SECTION 70

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

2

AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987

NOTIS DI BAWAH SEKSYEN 70

Menteri Kanan Kerja Raya bercadang untuk membuat suatu perintah di bawah seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], yang kesannya akan melarang pemanduan atau penggunaan kenderaan bermotor dan jentera bergerak yang mempunyai berat tanpa muatan lima ribu kilogram dan lebih (“kenderaan berat”), di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagaimana yang ditunjukkan dalam peta dalam Jadual Kedua, pada hari dan masa yang dinyatakan dalam ruang (2) Jadual Pertama, berkuat kuasa mulai 15 Ogos 2022.

Pengecualian daripada larangan itu hendaklah diberikan bagi maksud dan dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.

Bantahan terhadap cadangan itu, jika ada, mestilah dihantar secara bertulis kepada Pengarah, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya

Malaysia, Tingkat 2 Blok D (Lama), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur atau melalui e-mel cawsenggarafasilitijalan@jkr.gov.my, pada atau sebelum 3 Ogos 2022.

Jadual

JADUAL PERTAMA

(1)

Jalan yang baginya Larangan Terpakai

(2)

Hari dan Masa Larangan

Laluan 1208, Jalan Masuk Felda Sg. Buaya dari Koordinat U 3.361508, T 101.565356

hingga U 3.380288, T 101.526332

Tiap-tiap hari

(kecuali hari kelepasan am)

Pagi : 6.30 pagi hingga 9.30 pagi

Petang : 3.30 petang hingga 7.00 malam

3

Jadual

JADUAL KETIGA

PENGECUALIAN

1.

Bagi maksud penyelenggaraan, pembaikan, peningkatan, pembersihan dan pemugaran bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.

2.

Bagi maksud pemacakan, pemasangan, penyelenggaraan, pengubahan atau pengalihan mana-mana struktur, kerja, peralatan atau apa-apa jua benda di dalam, pada, di bawah atau di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1)

Jadual

Jadual Pertama.

3.

Bagi maksud diangkut di atas kenderaan selain kenderaan berat.

4.

Bagi maksud perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan oleh agensi Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.

5.

Bagi maksud pemeriksaan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik oleh kenderaan berat seperti lori sampah, lori pembersihan pembentungan dan lori vakum pembentungan.

6.

Jika disebabkan oleh suatu kecemasan, termasuk banjir, penggunaan mana-mana jalan (yang bukannya bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1)

Jadual

Jadual Pertama) oleh sesuatu kenderaan berat menjadi mustahil atau tidak sesuai,

Pegawai yang menjaga Daerah Polis yang berkenaan boleh, setakat sebagaimana yang difikirkannya perlu, membenarkan kenderaan berat itu untuk menggunakan bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagai jalan alternatif bagi tempoh yang dalamnya penggunaan jalan (yang bukannya bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama) oleh kenderaan berat itu berterusan menjadi mustahil dan tidak sesuai.

5

Bertarikh 26 Julai 2022

[KKR.100-1/2/79 Jld.3; PN(PU2)460/Jld. 117]

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF

Menteri Kanan Kerja Raya

6

ROAD TRANSPORT ACT 1987

NOTICE UNDER SECTION 70

The Senior Minister of Works proposes to make an order under section 70 of the

Road Transport Act 1987 [Act 333], the effect of which will be to prohibit the driving or use of motor vehicles and mobile machineries without the unladen weight of five thousand kilogrammes and more (“heavy vehicles”), on the part of the road specified in column (1)

of the First Schedule as shown on the map in the Second Schedule, on the day and time specified in column (2) of the First Schedule, with effect from 15 August 2022.

Exemption from such prohibition shall be given for the purposes and in circumstances specified in the Third Schedule.

Objections to the proposal, if any, must be sent in writing to the Director, Road Facilities Maintenance Branch, Public Works Department Malaysia

Headquarters, Level 2 Block D (Old), Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur or by e-mail to cawsenggarafasilitijalan@jkr.gov.my, on or before 3 August 2022.

FIRST SCHEDULE

(1)

Road to which Prohibition Applies

(2)

Day and Time of Prohibition

Route 1208, Felda Sg. Buaya Entrance Road from Coordinate N 3.361508, E 101.565356

until N 3.380288, E 101.526332

Every day

(except public holiday)

Morning : 6.30 a.m to 9.30 a.m

Evening : 3.30 p.m to 7.00 p.m

7

SECOND SCHEDULE

8

THIRD SCHEDULE

EXEMPTION

1.

For the purposes of maintenance, repair, improvement, cleaning and clearance of the part of road specified in column (1) of the First Schedule.

2.

For the purposes of erection, installation, maintenance, alteration or removal of any structure, works, apparatus or any thing in, on, under or over the part of the road specified in column (1) of the First Schedule.

3.

For the purpose of being transported on a vehicle other than heavy vehicles.

4.

For the purposes of emergency services and enforcement by the Government agencies and local authorities.

5.

For the purpose of checking, disposal and delivery of domestic waste by heavy vehicles such as garbage truck, sewerage cleaning truck and sewerage vacuum truck.

6.

Where by reason of an emergency, including flood, the use of any road

(not being part of the road specified in column (1) of the First Schedule)

by a heavy vehicle is rendered impossible or unsuitable, the relevant Officer in Charge of Police District may, in so far as he considers necessary, allow the heavy vehicle to use the part of the road specified in column (1) of First Schedule as an alternative road for the period during which the use of the road (not being part of the road specified in column (1) of the First Schedule) by the heavy vehicle continues to be impossible or unsuitable.

9

Dated 26 July 2022

[KKR.100-1/2/79 Jld.3; PN(PU2)460/Jld. 117]

DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF

Senior Minister of Works

Common questions

What is Notis DI Bawah Seksyen 70?
Notis DI Bawah Seksyen 70 is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 331 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Notis DI Bawah Seksyen 70 still in force?
Yes — Notis DI Bawah Seksyen 70 is currently in force.
When did Notis DI Bawah Seksyen 70 take effect?
Notis DI Bawah Seksyen 70 was first recorded in 2022.
How many schedules does Notis DI Bawah Seksyen 70 have?
Notis DI Bawah Seksyen 70 contains 5 schedules.
Where can I read the official version of Notis DI Bawah Seksyen 70?
The official text of Notis DI Bawah Seksyen 70 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.