Seksyen 2
Sempadan bagi daerah mengundi tersebut ditunjukkan dalam Pelan Ukur yang dinyatakan dalam ruang (6) dan disimpan dengan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri di mana terletaknya bahagian-bahagian pilihan raya itu.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Notis Mengenai Daerah Mengundi dan Pusat Mengundi bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan dan Negeri bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 197 2016, currently marked in force and first recorded in 2016.
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
NOTIS MENGENAI DAERAH MENGUNDI DAN PUSAT
MENGUNDI BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA
PERSEKUTUAN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI
TANAH MELAYU
NOTICE OF POLLING DISTRICTS AND POLLING CENTRES
FOR THE FEDERAL AND STATE CONSTITUENCIES
OF THE STATES OF MALAYA
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (B) 197 2
AKTA PILIHAN RAYA 1958
NOTIS DI BAWAH SUBSEKSYEN 7(2)
DAERAH MENGUNDI DAN PUSAT MENGUNDI
NOTIS MENGENAI DAERAH MENGUNDI DAN PUSAT MENGUNDI BAGI
BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI
BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU
AMBIL PERHATIAN bahawa pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 7(2) Akta Pilihan Raya 1958 [Akta 19], Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengubah pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri yang dinyatakan dalam ruang (1) dan (2) Jadual Pertama kepada daerah mengundi yang nama dan nombor pengenalannya dinyatakan dalam ruang (3) dan (4) dan telah menetapkan tempat yang dinyatakan dalam ruang (5) bagi penubuhan pusat mengundi bagi daerah mengundi itu.
Sempadan bagi daerah mengundi tersebut ditunjukkan dalam Pelan Ukur yang dinyatakan dalam ruang (6) dan disimpan dengan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri di mana terletaknya bahagian-bahagian pilihan raya itu.
Daftar pemilih yang telah dikemaskini sehingga 30 September 2014 dan telah diperakui dan diwartakan pada 26 November 2014 bagi bahagian-bahagian pilihan raya
Persekutuan dan Negeri yang dinyatakan dalam ruang (1), (2) dan (3) Jadual Kedua boleh diperiksa pada waktu pejabat pada mana-mana hari bekerja mulai 6 Mei 2016 hingga dan termasuk 12 Mei 2016 di tempat yang dinyatakan dalam ruang (4) Jadual Kedua.
Apa-apa perubahan pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dan Negeri itu hendaklah mula berkuat kuasa pada masa daftar pemilih bagi bahagian-bahagian pilihan raya itu disemak kemudiannya dan tidak dahulu daripada itu.
P.U. (B) 197 3
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.