Skip to content

Seksyen 6

Senarai Soalan

of Notis Pemulaan Kajian Semula Dipercepat Duti Anti-Lambakan Mengenai Import Electrolytic Tinplate yang Berasal atau Dieksport Dari Novowell Etp Limited Dari Republik Rakyat China

P.U. (B)In forceProvision 6 of 9
Seksyen 6

(1)

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semulanya,

Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia dan kepada pengimport.

(2)

Dalam apa-apa keadaan pun, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk menghubungi MITI secara bertulis bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan memberitahu sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula ini.