Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT GEGELUNG KELULI YANG DIPRACAT, DICAT ATAU DISALUT WARNA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 4

Alasan bagi kajian semula pentadbiran

(1)

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang terhadap industri Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan bukti bahawa masih wujud lambakan dari sudut harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia yang menyebabkan kemudaratan terhadap industri Malaysia.

(3)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.

(4)

Dalam membuat keputusan itu, Kerajaan juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan itu berterusan atau berulang.

P.U. (B) 40 4

Tatacara

Section 4 — NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT GEGELUNG KELULI YANG DIPRACAT, DICAT ATAU DISALUT WARNA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM