Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Soal selidik
(1)
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar Malaysia;
(b)
pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Republik Rakyat
China dan Republik Sosialis Viet Nam;
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan
(d)
Kerajaan Republik Rakyat China dan Republik Sosialis Viet Nam.
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen yang disebut dalam perenggan 1.
(3)
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran itu.
Pengumpulan maklumat