Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA KELULI BUKAN ALOI DISADUR ATAU DISALUT ALUMINIUM DAN ZINK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI TAN PHUOC KHANH TRADING & MANUFACTURING COIL STEEL JSC DARI REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

P.U. (B) 653 4

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek dari Tan Phuoc Khanh

Trading & Manufacturing Coil Steel JSC;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(d)

Kerajaan Republik Sosialis Viet Nam.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula pentadbiran ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Pengumpulan maklumat