Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Soal selidik
(1)
Kerajaan Malaysia akan menghantar soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semulanya kepada—
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
(b)
Mahaphant Fibre-Cement Public Company Limited;
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan
(d)
Kerajaan Thailand.
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimili atau e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula ini.
Pengumpulan maklumat