Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT GEGELUNG GULUNGAN PANAS YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK INDONESIA

Seksyen 6

Soal selidik

(1)

Kerajaan Malaysia akan menghantar soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu kepada—

(a)

industri Malaysia;

(b)

PT Krakatau Steel (Persero) Tbk., Benxi Beiying Iron and Steel Group

Imp. and Exp. Corp. Ltd., Benxi Iron and Steel (Group) Int’l Economic and Trading Co. Ltd., Rizhao Steel Wire Co. Ltd. dan Shanxi Taigang

Stainless Steel Co. Ltd.;

(c)

Kerajaan Republik Rakyat China dan Republik Indonesia.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimili atau e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen yang disebut dalam perenggan 1.

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Pengumpulan maklumat