Skip to content

Seksyen 8

Had masa

of Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Mengenai Import Gegelung Gulungan Panas yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China dan Republik Indonesia

P.U. (B)In forceProvision 9 of 10
Seksyen 8

(1)

Semua pihak berkepentingan yang memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan mestilah mengemukakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas terhadap soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.