Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT NEWSPRINT DALAM BENTUK GULUNGAN YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI KANADA, REPUBLIK INDONESIA, REPUBLIK KOREA, REPUBLIK FILIPINA DAN AMERIKA SYARIKAT

Seksyen 4

Alasan untuk Kajian Semula

(1)

Permintaan adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan mungkin akan mengakibatkan lambakan dan kemudaratan berterusan atau berulang kepada industri Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan bahawa sekiranya duti anti-lambakan ditamatkan paras pengimportan semasa dagangan subjek mungkin akan meningkat.

(3)

Mengenai aspek kemudaratan, pemohon mengatakan bahawa apa-apa pembatalan duti anti-lambakan akan memberi kesan negatif kepada industri Malaysia dan berkemungkinan menyebabkan kemudaratan berterusan atau berulang kepada industri Malaysia.

(4)

Pemohon juga telah mengemukakan bahawa terdapat perubahan substantif dalam margin lambakan.

(5)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi bagi memulakan suatu kajian semula. Dalam membuat keputusan ini,

Kerajaan juga telah memeriksa harga di pasaran Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan akan berterusan atau berulang.

Tatacara

Section 4 — NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT NEWSPRINT DALAM BENTUK GULUNGAN YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI KANADA, REPUBLIK INDONESIA, REPUBLIK KOREA, REPUBLIK FILIPINA DAN AMERIKA SYARIKAT