Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semulanya, Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada pengeluar dan pengeksport di
Kanada, Republik Indonesia, Republik Korea, Republik Filipina, Amerika Syarikat, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam permintaan dan kepada Kerajaan Kanada, Republik Indonesia, Republik Korea, Republik
Filipina dan Amerika Syarikat.
(2)
Dalam apa-apa keadaanpun, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk menghubungi MITI secara bertulis bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan memberitahu sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula ini.
Pengumpulan Maklumat