Malaysia legislation

Section 1

of NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT POLYETHYLENE TEREPHTHALATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND

Seksyen 1

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu telah dibuat oleh—

MPI Polyester Industries Sdn. Bhd.

No. 1 Jalan Gunggur 28/30

Seksyen 28 40000 Shah Alam

Selangor Darul Ehsan

Malaysia, pengeluar dalam negeri di Malaysia bagi polyethylene terephthalate melalui suatu petisyen.

P.U. (B) 161 3

Dagangan subjek 2.

Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan dikelaskan di bawah

Kod Sistem yang Diharmonikan (Kod H.S.) 3907.60 000 dan Tatanama Tarif

Berharmonis ASEAN (AHTN) 3907.60.90 00. Kod H.S. dan AHTN ini diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.

Duti anti-lambakan sedia ada 3.

Duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini bagi dagangan subjek ialah duti anti-lambakan definitif yang dikenakan di bawah Perintah Kastam

(Duti Anti-Lambakan) 2011 [P.U. (A) 142/2011].

Alasan bagi kajian semula pentadbiran 4.

(1)

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa penamatan duti anti-lambakan berkemungkinan menyebabkan lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang terhadap industri

Malaysia.

(2)

Pemohon mengemukakan bahawa sekiranya duti anti-lambakan ditamatkan, tahap pengimportan semasa dagangan subjek mungkin akan meningkat.

(3)

Pemohon mengatakan bahawa pembatalan duti anti-lambakan itu akan memberi kesan negatif terhadap industri Malaysia dan berkemungkinan menyebabkan kemudaratan itu berterusan atau berulang terhadap industri

Malaysia.

(4)

Kerajaan Malaysia berpuas hati bahawa permintaan itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran. Dalam membuat keputusan ini, Kerajaan Malaysia juga telah meneliti harga dagangan subjek di pasaran dalam negeri di Malaysia berhubung dengan kemungkinan lambakan yang berterusan atau berulang.

P.U. (B) 161 4

Tatacara 5.

(1)

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti lambakan mengenai import dagangan subjek, Kerajaan Malaysia memulakan kajian semula pentadbiran menurut subseksyen 28(6) Akta dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal

Balas dan Anti-Lambakan 1994.

(2)

Kajian semula pentadbiran ini akan menentukan sama ada penamatan duti anti-lambakan itu berkemungkinan menyebabkan, atau berkemungkinan tidak menyebabkan, lambakan dan kemudaratan itu berterusan atau berulang. Kajian semula pentadbiran ini juga akan meneliti keperluan sama ada duti anti-lambakan sedia ada diteruskan atau ditamatkan.

Soal selidik 6.

(1)

Kerajaan Malaysia akan menghantar soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu kepada—

(a)

industri

Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Thailand;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(d)

Kerajaan Thailand.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diundang untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui faksimili atau e-mel, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen yang disebut dalam perenggan 1. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula ini.

P.U. (B) 161 5

Pengumpulan maklumat 7.

Semua pihak berkepentingan diundang memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya, dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan menyokong.

Had masa 8.

(1)

Semua pihak berkepentingan yang memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta .

(2)

Semua pihak berkepentingan mestilah mengemukakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklum balas terhadap soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan maklum balas itu hendak diambil kira semasa kajian semula, melainkan jika dinyatakan sebaliknya.

Pengemukaan bertulis, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat 9.

(1)

Semua pengemukaan maklumat, maklum balas soal selidik dan surat-menyurat mestilah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos atau faksimili dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faksimili pihak berkepentingan itu kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Tingkat 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

:

(603)

6208 4635/4640

Nombor faksimili

:

(603)

6211 4429

E-mel

:

alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 161 6

(2)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan Malaysia boleh membuat penentuan berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.

Bertarikh 13 April 2016

[MITI:ID/(S)/AP/AD/045/43-SR; PN(PU2)529/XX]

DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

P.U. (B) 161 7

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF ADMINISTRATIVE REVIEW OF AN ANTI-DUMPING DUTY

WITH REGARD TO THE IMPORTS OF POLYETHYLENE TEREPHTHALATE

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE KINGDOM OF THAILAND

(SR 01/15)

FOLLOWING the publication of the Notice of Impending Termination of the

Imposition of Anti-Dumping Duties on Imports of Polyethylene Terephthalate

Originating or Exported from the Kingdom of Thailand in P.U. (B) 408/2015

on 20 October 2015, the Government of Malaysia has received a request for an administrative review on the imposition of an anti-dumping duty on the imports of polyethylene terephthalate of intrinsic viscosity of more than 0.70 dL/g originating or exported from the Kingdom of Thailand (“subject merchandise”) and pursuant to subsection 28(6)

of the

Countervailing and

Anti-Dumping

Duties

Act 1993 [Act 504] and regulation 34 of the Countervailing and Anti-Dumping

Regulation 1994 [P.U.(A) 233/1994], the Government of Malaysia initiates an administrative review.

Request for administrative review

Section 1 — NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT POLYETHYLENE TEREPHTHALATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI THAILAND