Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Senarai soalan
(1)
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semulanya,
Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada Jiangsu Shagang International Trade Co., Ltd dan
Jiangsu Yonggang Group Co., Ltd, Republik Rakyat China, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam Permohonan, dan kepada
Kerajaan Republik Rakyat China.
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula ini.
Pengumpulan maklumat