Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengataan kemudaratan
Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara yang dituduh telah meningkat dari segi jumlah mutlak kuantiti. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, pemotongan harga, penyekatan harga, kemelesetan harga, tahap produktiviti dan kapasiti yang rendah, kehilangan keuntungan, pengurangan dalam guna tenaga dan pulangan pelaburan yang negatif.