Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI ELECTROLYTIC TINPLATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 4

Pengataan kemudaratan

Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara-negara yang dituduh telah meningkat dari segi jumlah mutlak kuantiti. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, pemotongan harga, penyekatan harga, kemelesetan harga, tahap produktiviti dan kapasiti yang rendah, kehilangan keuntungan dan ketidakupayaan menambah modal.

Section 4 — NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI ELECTROLYTIC TINPLATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK KOREA