Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI ELECTROLYTIC TINPLATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 5

Tatacara

1

Senarai soalan

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya, Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport Republik Rakyat

China dan Republik Korea, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam Petisyen dan kepada Kerajaan-Kerajaan

Republik Rakyat China dan Republik Korea.

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan memberitahu sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

Section 5 — NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI ELECTROLYTIC TINPLATE YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK KOREA