Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT GELUNGAN-GELUNGAN PANAS RATA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 4

Pengataan kemudaratan

Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Korea yang dikatakan telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, pemotongan harga, penyekatan harga, pemelesetan harga, tahap pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah, tahap produktiviti yang rendah, penurunan jualan, penurunan kadar keuntungan, pengurangan dalam bilangan pekerja, ketidakupayaan menambahkan modal, tahap pulangan pelaburan yang rendah, aliran tunai yang negatif dan penurunan syer pasaran.

Section 4 — NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT GELUNGAN-GELUNGAN PANAS RATA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK KOREA