Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT GELUNGAN-GELUNGAN PANAS RATA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK KOREA

Seksyen 5

Tatacara

1

Senarai soalan

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,

Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di

Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport di Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan

P.U. (B) 311 4

Republik Korea, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen, dan kepada Kerajaan-Kerajaan

Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Korea.

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.

Section 5 — NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT GELUNGAN-GELUNGAN PANAS RATA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK KOREA