Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK SINGAPURA DAN REPUBLIK TURKI

Seksyen 5

Tatacara

1

Soal selidik

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,

Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

4

(b)

pengeluar atau pengeksport di Republik Singapura dan Republik Turki;

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Singapura dan Republik Turki.

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah dijemput untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen itu. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.

Section 5 — NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT KELUARAN BATANG PENULANGAN KONKRIT KELULI YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK SINGAPURA DAN REPUBLIK TURKI