Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tatacara
1
Soal selidik
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,
Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada—
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
(b)
pengeluar atau pengeksport di Republik Rakyat China,
Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam;
P.U. (B) 340 4
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
(d)
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Korea dan
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimili bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.