Malaysia legislation

Section 7

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7

(1)

Semua pengemukaan maklumat, jawapan bagi soal selidik dan surat-menyurat dan permintaan mestilah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos atau faksimili dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faksimili pihak berkepentingan itu kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Tingkat 14, Blok 8, Kompleks Pejabat–Pejabat Kerajaan Jalan Duta 50622 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6200 0111/114/122

Nombor faksimili

: (603) 6203 1745

Alamat e-mel

: alltps@miti.gov.my

(2)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta Duti Timbal Balas dan

Anti-Lambakan 1993.

Bertarikh 27 Ogos 2015

[MITI: ID/(S)/AP/AD/045/42; PN(PU2)529/XIX]

DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

P.U. (B) 340 6

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF AN ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD

TO THE IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND NON-ALLOY STEEL,

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA, REPUBLIC OF

KOREA AND SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 03/15)