Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tatacara
1
Soal selidik
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,
Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada industri Malaysia dan
P.U. (B) 208 4
mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada pengeluar atau pengeksport di Chinese Taipei, Finland, Perancis, Hong Kong, Jepun,
Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Republik Korea dan Republik
Sosialis Viet Nam, kepada pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen dan kepada Kerajaan Chinese
Taipei, Finland, Perancis, Hong Kong, Jepun, Republik Rakyat China,
Republik Indonesia, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimili bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.