Malaysia legislation

Section 6

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT KELULI TAHAN KARAT GULUNGAN SEJUK DALAM BENTUK GEGELUNG, KEPINGAN ATAU APA-APA BENTUK LAIN YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK INDONESIA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 6

1

Soal selidik

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,

Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport di

Republik

Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam;

P.U. (B) 344 4

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan

Republik

Indonesia dan

Republik

Sosialis

Viet Nam.

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(MITI) dijemput untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen itu.

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.