Malaysia legislation
Section 7219
Seksyen 7219
32.00 00, 7219.33.00 00, 7219.34.00 00, 7219.35.00 00, 7220.20.10 00 dan
P.U. (B) 344 3 7220.20.90 00. Kod H.S. ini diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.
Pengataan lambakan 4.
Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia. Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.
Pengataan kemudaratan 5.
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara yang dikatakan itu telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan iaitu, antara lain, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, pengurangan syer pasaran, kemerosotan jualan tempatan dan pengurangan dalam pulangan pelaburan.
Tatacara 6.
Setelah menentukan bahawa wujudnya keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dan bahawa penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan penyiasatan menurut subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.