Seksyen 6
1
Soal selidik
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,
Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada—
(b)
pengeluar atau pengeksport di Republik Rakyat China,
Republik Indonesia, Jepun, Republik Korea, Amerika Syarikat dan Republik Sosialis Viet Nam;
P.U. (B) 345 4
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
(d)
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Indonesia, Jepun,
Republik Korea, Amerika Syarikat dan Republik Sosialis
Viet Nam.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) dijemput untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen itu.
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.