Malaysia legislation

Section 5

of NOTIS PEMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT PRODUK GULUNGAN RATA BESI ALOI ATAU KELULI BUKAN ALOI, DISADUR ATAU DISALUT ZINK, MENGGUNAKAN PROSES CELUPAN PANAS (GEGELUNG/KEPINGAN BESI BERGALVANI ATAU GEGELUNG/KEPINGAN KELULI BERGALVANI) YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 5

Tatacara

1

Soal selidik

Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,

Kerajaan akan mengagihkan soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(b)

pengeluar atau pengeksport di Republik Rakyat China dan

(c)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan

(d)

Kerajaan Republik Rakyat China dan Republik Sosialis

Viet Nam.

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

(MITI) diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimili untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen.

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka berhubung dengan penyiasatan ini.

5