Malaysia legislation
Section 7210
Seksyen 7210
61.92 00, 7210.61.99 00, 7212.50.23 00, 7212.50.24 90, 7212.50.29 10 dan 7212.50.29 90. Kod H.S. dan AHTN ini diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek itu.
Pengataan lambakan 4.
Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan antara nilai normal dagangan subjek di Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik Sosialis
Viet Nam dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dagangan subjek itu dieksport ke Malaysia. Berdasarkan perbandingan ini, margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen adalah signifikan bagi pengeluar atau pengeksport itu.
Pengataan kemudaratan 5.
Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara yang dikatakan itu telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan iaitu, antara lain, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, aliran tunai yang negatif dan pengurangan dalam pulangan pelaburan.
Tatacara 6.
Setelah menentukan bahawa wujudnya keterangan yang mencukupi untuk mewajarkan suatu penyiasatan duti anti-lambakan dan bahawa penyiasatan sedemikian adalah demi kepentingan awam, Kerajaan memulakan suatu penyiasatan menurut subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.