Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tatacara
1
Senarai soalan
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya, Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport Republik Rakyat
China, Republik Indonesia dan Republik Korea, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen, dan kepada
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Indonesia dan Republik Korea.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile bagi mengetahui sama ada mereka
P.U. (B) 292 4
disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon satu salinan senarai soalan dengan memberitahu sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.