Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Soal selidik
(1)
Kerajaan Malaysia akan menghantar soal selidik untuk mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu kepada—
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
(b)
pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Republik Rakyat
China, Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam;
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan
(d)
Kerajaan Republik Rakyat China, Republik Korea dan Republik
Sosialis Viet Nam.
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diundang untuk menghubungi MITI melalui faksimili atau e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen yang disebut dalam perenggan 1. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.
Pengumpulan maklumat