Malaysia legislation

Section 7210

of NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT GEGELUNG KELULI YANG DIPRACAT, DICAT ATAU DISALUT WARNA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 7210

70.91 10, 7210.70.91 90, 7210.70.99 10 dan 7210.70.99 90.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman tetapi tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.

Duti anti-lambakan 3.

(1)

Di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan) 2016, dagangan subjek adalah tertakluk kepada duti anti-lambakan dari 24 Januari 2016 hingga 23 Januari 2021.

(2)

Kadar duti anti-lambakan yang dikenakan berhubung dengan import dagangan subjek ialah antara nil hingga 52.10% daripada harga eksport.

P.U. (B) 334 3

Pandangan daripada pihak berkepentingan 4.

(1)

Pihak berkepentingan yang berkemungkinan terjejas oleh penamatan pengenaan duti anti-lambakan boleh memberikan pandangan mereka secara bertulis.

(2)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah, khususnya, mengajukan isu-isu yang berikut:

(a)

sama ada pengenaan duti anti-lambakan yang berterusan perlu untuk mengimbangi lambakan dagangan subjek; dan

(b)

sama ada kemudaratan berkemungkinan akan berterusan atau berulang jika duti itu dihapuskan.

(3)

Pandangan yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah disokong dengan keterangan dokumen sewajarnya.

Had masa 5.

Pihak berkepentingan hendaklah memberikan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan maklumat yang dikehendaki tidak lewat daripada 31 Ogos 2020.

Pengemukaan pandangan itu hendaklah dialamatkan kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Aras 9, No. 7, Menara MITI

Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

MALAYSIA

Nombor telefon

: (603) 6208 4633/4634/4639/4642

Nombor faksimile

: (603) 6211 4429

E-mel

: alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 334 4

Bertarikh 15 Julai 2020

[MITI:ID/(S)/AP/AD/045/40; PN(PU2)529/XXVI]

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri

P.U. (B) 334 5

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF IMPENDING TERMINATION OF THE IMPOSITION OF ANTI-DUMPING

DUTIES ON IMPORTS OF PREPAINTED, PAINTED OR COLOUR COATED STEEL COILS

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA AND

THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD 02/15)

Section 7210 — NOTIS PENAMATAN PENGENAAN DUTI ANTI-LAMBAKAN YANG AKAN BERLAKU TERHADAP IMPORT GEGELUNG KELULI YANG DIPRACAT, DICAT ATAU DISALUT WARNA YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM