Malaysia legislation

Section 20

of NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT BESI ATAU KELULI BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN SEJUK, DENGAN KELEBARAN MELEBIHI 1300MM YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYAT CHINA, JEPUN, REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

Seksyen 20

13%

Langkah sementara yang terpakai 3.

Langkah sementara yang terpakai hendaklah dalam bentuk duti anti-lambakan sementara sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

Sebab bagi langkah sementara 4.

Sebab bagi langkah sementara di bawah perenggan 2 adalah untuk mencegah kemudaratan yang ditanggung oleh industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa daripada berlaku secara berterusan semasa tempoh penyiasatan.

P.U. (B) 410 4

Tempoh bagi membuat penentuan muktamad 5.

Penentuan muktamad berhubung dengan penyiasatan hendaklah dibuat dalam tempoh seratus dua puluh (120) hari mulai 26 Ogos 2019.

Rekod penyiasatan 6.

Salinan rekod penyiasatan boleh didapati oleh orang awam di—

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Aras 2, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

: (603) 6208 4631/4632/4641/4647

Nombor faksimile : (603) 6211 4429

E-mel

: alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 410 5