Malaysia legislation
Section 1
Seksyen 1
Keluaran yang disiasat dan pengelasan tarifnya adalah seperti yang berikut:
(a)
keluaran plat keluli gulungan panas besi atau keluli bukan aloi dan keluli aloi yang lain, yang mempunyai kelebaran 600 milimeter atau lebih, digulung panas, tidak diliputi, disadur atau disalut, yang mempunyai ketebalan antara 6 milimeter hingga 75 milimeter, dan secara spesifik tidak termasuk keluaran plat gulungan panas yang aplikasi, standard antarabangsa, gred dan tajuknya dinyatakan dalam Jadual Pertama; dan
(b)
keluaran yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang Diharmonikan
(Kod H.S.) 7208.51.000, 7208.52.000, 7225.40.000, dan Tatanama Tarif
Berharmonis ASEAN (AHTN) 7208.51.0000, 7208.52.0000, 7225.40.9000.