Malaysia legislation

Section 3

of NOTIS PENENTUAN AWAL AFIRMATIF PENYIASATAN MENGENAI KELUARAN PLAT GULUNGAN PANAS YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

Seksyen 3

Bagi maksud subsubperenggan 1(b), Kod H. S. dan AHTN adalah hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan keluaran itu.

P.U. (B) 543 3

Keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung 4.

Keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung adalah keluaran yang dikeluarkan oleh industri dalam negeri dan mempunyai perihalan yang sama dengan keluaran yang dinyatakan dalam perenggan 1.

Sebab bagi penentuan awal afirmatif 5.

Berdasarkan penyiasatan, Pihak Berkuasa Penyiasat telah mendapati bahawa terdapat kenaikan secara mutlak import keluaran semasa tempoh penentuan kemudaratan iaitu mulai 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013. Pihak Berkuasa

Penyiasat mendapati bahawa industri dalam negeri telah mengalami kemudaratan berkenaan dengan pengurangan syer pasaran, pengurangan dalam jualan dalam negeri, tahap produktiviti dan penggunaan kapasiti yang rendah, penurunan dalam aliran tunai, kemerosotan keuntungan dan inventori dan pulangan pelaburan yang negatif.

Perkara ini telah menyebabkan dan mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.

Langkah sementara yang terpakai 6.

Langkah sementara yang terpakai hendaklah dalam bentuk duti pelindung sementara sebanyak 23.93 peratus dan dikenakan terhadap negara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.

Tempoh bagi membuat penentuan muktamad 7.

Penentuan muktamad berhubung dengan penyiasatan hendaklah dibuat dalam tempoh dua ratus hari mulai 14 Disember 2014.

P.U. (B) 543 4