Malaysia legislation

Section 4

of NOTIS PENENTUAN AWAL NEGATIF DALAM HAL PENYIASATAN KE ATAS PRODUK GELUNGAN-GELUNGAN RATA PANAS YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA

Seksyen 4

Sebab bagi penentuan awal negatif

Berdasarkan penyiasatan, Pihak Berkuasa Penyiasat mendapati terdapat kenaikan secara mutlak import produk-produk tersebut semasa tempoh penentuan kemudaratan iaitu dari 1 Januari 2010 sehingga 30 September 2010. Walau bagaimanapun, setelah meneliti kesan ke atas syer pasaran, jualan, produksi, produktiviti, penggunaan kapasiti dan untung dan rugi, Pihak Berkuasa Penyiasat telah membuat kesimpulan bahawa kenaikan import tidak menyebabkan dan mengancam untuk menyebabkan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri yang mengeluarkan keluaran serupa atau keluaran yang bersaing secara langsung.

Section 4 — NOTIS PENENTUAN AWAL NEGATIF DALAM HAL PENYIASATAN KE ATAS PRODUK GELUNGAN-GELUNGAN RATA PANAS YANG DIIMPORT KE DALAM MALAYSIA