Seksyen 3
Sebab bagi penentuan awal negatif
P.U. (B)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 3
Sebab bagi penentuan awal negatif adalah seperti yang berikut:
(a)
tiada peningkatan import keluaran dalam terma mutlak semasa tempoh penyiasatan;
P.U. (B) 12 3
(b)
jumlah import keluaran dalam terma relatif kepada pengeluaran dalam negeri bagi keluaran serupa di Malaysia tidak dapat dipastikan semasa tempoh penyiasatan; dan
(c)
disebabkan kekurangan maklumat, penyiasatan tidak dapat memastikan kewujudan hubungan bersebab antara peningkatan import keluaran dengan kemudaratan yang serius kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa.