Malaysia legislation
Section 7220
Seksyen 7220
20.10 00 dan 7220.20.90 00 yang berasal atau dieksport dari
Republik Indonesia dan Republik Sosialis Viet Nam (“dagangan subjek”); dan
P.U. (B) 216 3
(b)
kemudaratan didapati wujud kerana industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material disebabkan oleh pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia.
Butiran yang berhubung dengan margin lambakan 2.
Butiran yang berhubung dengan margin lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek yang berasal atau dieksport dari Republik Indonesia dan
Republik Sosialis Viet Nam yang didapati daripada proses penentuan muktamad afirmatif adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama.
Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif 3.
Sebab bagi penentuan muktamad afirmatif adalah seperti yang berikut:
(a)
harga eksport dagangan subjek adalah kurang daripada nilai normalnya;
(b)
industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa telah mengalami kemudaratan material yang boleh dengan semunasabahnya dikaitkan dengan pengimportan dagangan subjek ke dalam Malaysia; dan
(c)
margin lambakan didapati wujud melalui kegiatan lambakan oleh pengeluar atau pengeksport dari Republik Indonesia dan Republik
Sosialis Viet Nam sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama melainkan bagi pengeluar atau pengeksport PT Indonesia Ruipu Nickel and Chrome Alloy kerana nilai margin lambakan bagi pengeluar atau pengeksport tersebut adalah de minimis.
Duti anti-lambakan 4.
Duti anti-lambakan yang akan dikenakan kepada pengeluar atau pengeksport yang dinyatakan dalam Jadual Pertama melainkan bagi pengeluar atau pengeksport
PT Indonesia Ruipu Nickel and Chrome Alloy hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
P.U. (B) 216 4
Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan 5.
Sebab bagi pengenaan duti anti-lambakan di bawah perenggan 4 adalah untuk mencegah kemudaratan kepada industri dalam negeri di Malaysia yang mengeluarkan keluaran serupa.
Tempoh pengenaan duti anti-lambakan 6.
Duti anti-lambakan yang dikenakan di bawah perenggan 4 hendaklah terpakai bagi tempoh lima tahun mulai 24 April 2021 hingga 23 April 2026.
P.U. (B) 216 5
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF AFFIRMATIVE FINAL DETERMINATION OF AN ANTI-DUMPING DUTY
INVESTIGATION WITH REGARD TO THE IMPORTS OF COLD ROLLED STAINLESS STEEL
IN COILS, SHEETS OR ANY OTHER FORM ORIGINATING OR EXPORTED FROM
THE REPUBLIC OF INDONESIA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM
(AD 02/20)