(A)
124/2018]
yang disiarkan pada 18 Mei 2018, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah melantik semula
Mohd Shihabuddin bin Mohd Yazid untuk mengambil alih kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad dan perbadanan berkaitannya, dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya berkuat kuasa mulai 30 Mac 2018 hingga 29 Mac 2019:
DAN BAHAWASANYA, melalui Perintah Koperasi (Pengambilalihan Kawalan Koperasi
Guru-Guru DTC Malaysia Berhad) (Pelantikan Semula) 2019 [P.U. (A) 326/2019]
yang disiarkan pada 28 November 2019, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah melantik semula Mohd Shihabuddin bin Mohd Yazid untuk mengambil alih kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad, dan menjalankan kesemua urusan, aktiviti dan hal ehwalnya berkuat kuasa mulai 30 Mac 2019 hingga 30 April 2019:
DAN BAHAWASANYA, Suruhanjaya Koperasi Malaysia telah mengadakan mesyuarat agung perwakilan
(tundaan)
Koperasi
Guru-Guru
DTC
Malaysia
Berhad pada 30 April 2019 dan dua belas anggota Lembaga telah dilantik dengan sewajarnya
P.U. (B) 613 3
pada mesyuarat agung perwakilan tahunan (tundaan) itu:
MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, Suruhanjaya Koperasi Malaysia memberikan notis di bawah subseksyen 69D(4) Akta Koperasi 1993 [Akta 502] bahawa pengambilalihan kawalan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia
Berhad yang dibuat di bawah subseksyen 69(2) dan subseksyen 69A(2) Akta telah diselesaikan pada 30 April 2019, dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia menyerahkan semua harta, urusan, aktiviti dan hal ehwal Koperasi Guru-Guru DTC Malaysia Berhad kepada Lembaga yang baru dilantik.
Bertarikh 24 Oktober 2019
[SKM.IP.
(SULIT) SIASATAN; PN(PU2)527/XIX]
DATUK NORDIN BIN SALLEH
Pengerusi Eksekutif
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
P.U. (B) 613 4
CO-OPERATIVE SOCIETIES ACT 1993
NOTICE OF COMPLETION OF ASSUMPTION OF CONTROL