Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengataan kemudaratan
Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara-negara yang dikatakan telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, pemotongan harga, penyekatan harga, kemelesetan harga, tahap pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah, penurunan kadar keuntungan, pengurangan dalam bilangan pekerja dan pulangan pelaburan yang negatif.