Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Tatacara
1
Senarai soalan
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya, Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport di Chinese Taipei, Republik
Indonesia, Republik Korea, Republik Rakyat China dan Republik Turki, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam Petisyen, dan kepada Kerajaan Chinese Taipei, Republik Indonesia, Republik Korea, Republik Rakyat
China dan Republik Turki.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimile atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka
P.U. (B) 212 4
disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan senarai soalan dengan mengenal pasti sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.