Seksyen 1
Petisyen itu telah dibuat oleh─
Southern PC Steel Sdn Bhd
No.5, Jalan Utas 15/7,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA, pengeluar dalam negeri stranded wire, ropes, cables bagi pihak industri Malaysia.
/akn/my/act/pub/2013/107
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
NOTIS PERMULAAN PENYIASATAN DUTI ANTI-LAMBAKAN MENGENAI IMPORT STRANDED WIRE, ROPES, CABLES YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK RAKYA... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 107 2013, currently marked in force and first recorded in 2013.
Opening note
Petisyen itu telah dibuat oleh─
Southern PC Steel Sdn Bhd
No.5, Jalan Utas 15/7,
40200 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA, pengeluar dalam negeri stranded wire, ropes, cables bagi pihak industri Malaysia.
Keluaran
Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan ialah stranded wire, ropes, cables yang dikelaskan di bawah Nombor Kod Sistem yang Diharmonikan (Kod H.S.)
10.000 (“dagangan subjek”). Nombor Kod H.S. ini diberikan hanya untuk makluman tetapi tidak mempunyai kesan mengikat terhadap pengelasan dagangan subjek.
Pengataan lambakan
Pengataan lambakan adalah berdasarkan perbandingan di antara nilai normal dagangan subjek di Republik Rakyat China dengan harga eksport yang bersamaan dengannya apabila dieksportkan ke Malaysia. Berdasarkan perbandingan ini, terdapat
P.U. (B) 107 3
margin lambakan sebagaimana yang dikatakan oleh pempetisyen bagi pengeluar/pengeksport tersebut.
Pengataan kemudaratan
Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara-negara yang dikatakan telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, penyekatan harga, pengurangan dalam pasaran syer, pengurangan dalam jualan tempatan, penurunan keberuntungan, pulangan negatif dalam pelaburan, ketidakupayaan untuk menambah modal dan pengurangan pekerjaan.
Tatacara
1
Senarai soalan
Bagi mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatannya,
Kerajaan akan menghantar senarai soalan kepada industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di
Malaysia, kepada pengeluar/pengeksport Republik Rakyat China, kepada pengimport, kepada mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam Petisyen, dan kepada Kerajaan Republik Rakyat China.
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah diminta untuk menghubungi MITI melalui faksimili atau e-mel bagi mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen. Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan senarai soalan dengan memberitahu sifat aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.
P.U. (B) 107 4
1
Pihak memohon senarai soalan
Semua pihak berkepentingan yang memohon suatu senarai soalan, hendaklah berbuat demikian, tidak lewat daripada 15 hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta Kerajaan Malaysia.
Semua pengemukaan dan permohonan mestilah dibuat secara bertulis dan mestilah dinyatakan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faksimili pihak berkepentingan itu kepada─
Pengarah
Seksyen Amalan Perdagangan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
Tingkat 14, Blok 8, Kompleks Pejabat Kerajaan
Jalan Duta 50622 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Nombor Telefon: (603) 6200 0119/124
Nombor Faksimili: (603) 6203 1745
E-mel: alltps@miti.gov.my
P.U. (B) 107 5
Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang diperlukan atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang mencukupi dalam had masa yang ditetapkan, Kerajaan boleh membuat penentuan awal atau muktamadnya berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993.
Bertarikh 3 April 2013
[MITI:ID/(S)/AP/AD/045/32; PN(PU2)529/XI]
DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
P.U. (B) 107 6
COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993
NOTICE OF INITIATION OF AN ANTI-DUMPING DUTY INVESTIGATION WITH REGARD
TO IMPORTS OF STRANDED WIRE, ROPES, CABLES ORIGINATING IN OR EXPORTED
FROM THE PEOPLE’S REPUBLIC OF CHINA
(AD 03/13)
Opening note
2
Collection of information
All interested parties are invited to make their views known in writing, in particular by replying to the questionnaires addressed to them and by providing supporting evidence.
Time limit 6.
1
Parties requesting questionnaire
All interested parties requesting for a questionnaire, shall do so, not later than 15 days after the publication of this notice in the Government Gazette of Malaysia.