Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pengataan kemudaratan
Pempetisyen telah menyatakan dan telah memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari negara-negara yang dikatakan telah meningkat dari segi kuantiti mutlak. Adalah dikatakan selanjutnya bahawa industri Malaysia telah mengalami kemudaratan melalui kesan lambakan, antara lain, penyekatan harga, pengurangan dalam pasaran syer, pengurangan dalam jualan tempatan, penurunan keberuntungan, pulangan negatif dalam pelaburan, ketidakupayaan untuk menambah modal dan pengurangan pekerjaan.