Malaysia legislation

Section 2

of NOTIS SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU (KECUALI NEGERI SELANGOR) SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2017

Seksyen 2

Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan di bawah seksyen 7, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan untuk menyemak semula syor-syor yang dicadangkan dan mengesyorkan dalam laporannya

(kecuali Negeri Selangor) syor-syor yang berikut:

(a)

tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu;

(b)

tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi

Negeri-Negeri Tanah Melayu;

(c)

terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan yang melibatkan tujuh (7) bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu satu (1)

di Negeri Kedah, dua (2) di Negeri Perak, satu (1) di Negeri Sembilan, satu (1) di Negeri Melaka dan dua (2) di Negeri Johor; dan

P.U. (B) 127 3

(d)

terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya Negeri yang melibatkan dua puluh (20) bahagian-bahagian pilihan raya Negeri dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu iaitu satu (1) di Negeri

Kedah, satu (1) di Negeri Kelantan, satu (1) di Negeri Terengganu, dua (2)

di Negeri Perak, dua (2) di Negeri Sembilan, lima (5) di Negeri Melaka dan lapan (8) di Negeri Johor.

Section 2 — NOTIS SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU (KECUALI NEGERI SELANGOR) SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2017