Malaysia legislation

Section 2

of NOTIS SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI SABAH SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2016

Seksyen 2

Berikutan dengan kajian semula itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah memutuskan di bawah seksyen 7, Bahagian II, Jadual Ketiga Belas, Perlembagaan Persekutuan untuk menyemak semula syor-syor yang dicadangkan dan mengesyorkan dalam laporannya syor-syor yang berikut:

(a)

tiada perubahan bilangan bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan bagi Negeri Sabah;

(b)

jumlah bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi Negeri Sabah ditambah sebanyak tiga belas (13) bahagian pilihan raya yang menjadikan jumlah keseluruhan bahagian-bahagian pilihan raya Negeri bagi

Negeri Sabah sebanyak tujuh puluh tiga (73) bahagian;

(c)

terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya Persekutuan melibatkan satu (1) bahagian pilihan raya Persekutuan dalam Negeri Sabah; dan 3

(d)

terdapat pindaan dan perubahan nama kepada bahagian-bahagian pilihan raya Negeri melibatkan tiga (3) bahagian pilihan raya Negeri dalam

Negeri Sabah.

Section 2 — NOTIS SYOR-SYOR YANG DICADANGKAN BAGI BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PERSEKUTUAN DAN NEGERI DALAM NEGERI SABAH SEBAGAIMANA YANG TELAH DIKAJI SEMULA OLEH SURUHANJAYA PILIHAN RAYA DALAM TAHUN 2016