Seksyen 2
Jawatankuasa khas bebas
of Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
P.U. (A)In forceProvision 2 of 9
Seksyen 2
(1)
Maka hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa khas bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam
P.U. (A) 12 3
Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019
(COVID-19).
(2)
Anggota jawatankuasa khas bebas itu hendaklah dilantik oleh
Yang di-Pertuan Agong.