Malaysia legislation

Section 3

of ORDINAN DARURAT (KUASA-KUASA PERLU) 2021

Seksyen 3

Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong boleh mengambil milikan sementara mana-mana tanah, bangunan atau harta alih atau mana-mana bahagian tanah, bangunan atau harta alih dan boleh memberikan apa-apa arahan yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan tanah, bangunan atau harta alih itu.

Yang di-Pertuan Agong di bawah seksyen ini, tanah, bangunan atau harta alih itu boleh, walau apa pun sekatan yang dikenakan ke atas penggunaannya, sama ada melalui mana-mana undang-undang bertulis atau surat cara lain atau selainnya, digunakan oleh, atau di bawah kuasa, Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong bagi maksud sedemikian, dan mengikut apa-apa cara, yang difikirkan suai manfaat oleh Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, setakat yang didapatinya perlu atau suai manfaat berkaitan dengan pengambilmilikan sementara atau penggunaan tanah, bangunan atau harta alih itu menurut subseksyen (2)—

(a)

boleh melakukan, atau memberi orang yang menggunakan tanah, bangunan atau harta alih itu kuasa untuk melakukan, berhubung dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, apa-apa jua yang mana-mana orang yang mempunyai kepentingan mengenai tanah,

P.U. (A) 12 4

bangunan atau harta alih itu berhak melakukannya menurut kuasa kepentingan itu; dan

(b)

boleh melalui perintah mengadakan peruntukan bagi melarang atau mengehadkan penggunaan hak lalu-lalang ke atas tanah atau bangunan itu, dan hak lain yang berhubungan dengannya yang dinikmati oleh mana-mana orang, sama ada menurut kepentingan mengenai tanah atau bangunan itu atau selainnya.

(4)

Pemunya atau penghuni mana-mana tanah, bangunan atau harta alih hendaklah, jika diminta oleh atau bagi pihak Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk berbuat demikian, memberikan kepada mana-mana pihak berkuasa atau orang yang dinyatakan dalam permintaan itu apa-apa maklumat yang berada dalam milikannya yang berhubungan dengan tanah, bangunan atau harta alih itu, yang merupakan maklumat yang boleh dengan semunasabahnya diminta daripadanya berkaitan dengan pelaksanaan seksyen ini, sebagaimana yang dinyatakan sedemikian.

Permintaan bagi penggunaan sumber